Labels

Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

LAILA MENANG PENGINAPAN PERCUMA DI HAYATI APARTMENT

TIM CUTI HAYATI APARTMENT


Rezeki ternyata berpihak kepada Puan Laila Sheikh Mohd, apabila dia memenangi hadiah penginapan percuma selama 3 Hari 2 Malam, tajaan Hayati Apartment, Port Dickson, baru-baru ini. Hadiah cabutan bertuah itu dimenangi semasa majlis Mesyuarat Agung ke 2 Kelab Alumni Karangkraf.


Laila menerima hadiah daripada pemilik Karangkraf Dato Hussamuddin Yaacob.
Laila dari Temerloh yang merupakan bekas pekerja Kumpulan Media Karangkraf, amat teruja menerima hadiah yang tidak disangka-sangkanya itu.


"Sebelum ini saya tak pernah menerima hadiah utama dalam mana-mana acara cabutan bertuah  dan kini kami sekeluarga tidak sabar-sabar untuk menginap di Hayati Apartment serta mandi manda di laut Port Dickson," ujarnya ceria.





Hayati Apartment atau HA ialah apartmen percutian dua bilik yang terletak di Bt 13, Pasir Panjang, Port Dickson. Rumah tetamu dua bilik yang khusus menawarkan sewaan percutian bagi pengunjung ke daerah itu. Ia sesuai untuk percutian famili di musim cuti dan hujung minggu.



Untuk maklumat tentang penginapan Hayati Apartment silalah berhubung dengan pemilik HA di talian:012-3471962 (YATI RAHIM)


BRAVO

TIP CUTI

TIM CUTI HAYATI APARTMENT

AKTIVITI